Wednesday 5 October 2011

JanGAN BIarKAn kAMi MeNAngIS...



Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

KUATKANLAH HATI KU YA ALLAH.. 

Friday 9 September 2011

TIDUR ITU IBADAH..=)

 

  Tahukah Anda tips tidur yang sehat ? Ini dia tipsnya.

Usahakan agar selalu tidur pada waktunya. 
Body timer kita akan bekerja dengan optimal ketika kita menepati jadual tidur dan bangun yang teratur. Demikian pula pada saat bangun tidur, pengeluaran adrenaline pada tubuh kita akan sentiasa terjadi pada waktu yang sama, sehingga kita akan bangun dengan lebih segar.

Ciptakan suasana tidur yang nyaman, jaga cahaya, kelembaban dan suhu udara kamar tidur.
Lakukan ritual tidur yang menenangkan seperti berdoa, membaca bacaan ringan, dan memikirkan yang indah-indah.

Hindari memikirkan masalah pekerjaan dan beban pikiran yang berat pada saat hendak tidur. Hal ini akan terbawa pada alam bawah sadar kita, sehingga tubuh kita gagal memasuki fasa “deep sleep”, sehingga meskipun waktu tidur kita lama, tapi tubuh kita tidak beristirahat optimal.

Jangan tidur dalam keadaan lapar dan kekenyangan… karena kedua-duanya akan menganggu tubuh kita beristirahat dengan baik, sehingga bangun pun akan terganggu. 



Nikmat tidur di siang hari adalah berbeza dengan nikmat tidur di waktu malam..kerana itulah, TUHAN telah menciptakan malam dan siang..siang untuk bekerja dan malam untuk berehat..=)..


renung2kanlah.... 

Wednesday 24 August 2011

JADI CEMERLANG..MUDAH..=)


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.




                          Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

       Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

      Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

     Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.



  Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

       Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

      Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan. Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]



" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]



"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]



"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

JAdiLAh sePErTi LEBAH...





  • LEBAH hanya hinggap & hisap pada yang bersih
  • LEBAH juga hanya mengeluarkan yang bersih 
  • LEBAH tidak merosakkan
  • LEBAH bekerja keras
  • LEBAH bekerja secara kumpulan & tunduk pada satu KETUA   


















post kali ni sgtla simple tapi bermanfaat..bila korek2 buku balik,sya dpt bende nie,
dari tazkirah sya waktu sya form 2..hehe... 
rindu pulak dgn sekolah,dgn ustazah2 dan ustaz2..semoga mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat..
baiklah,tiada apa lagi yg perlu ditulis..
chill n syum SOKMO..=)
assalam..






ATIKA,
SETIAP PERKARA YANG AKAN KITA LAKUKAN,
MESTILAH BERPANDUKAN AKAL YANG WARAS DAN IMAN YANG TEGUH..
credit to USTAZAH SITI MAZURAH..syg ustazah!!! 



Monday 15 August 2011

saYAngnYA ALLAH kePAda kITa KauM hAWa...ALHAMDULILLAH...



Wanita yang suci
Adalah wanita yang dijaga oleh Allah..
Tidak sedikitpun Allah membenarkan,
mana-mana lelaki menyentuh dirinya..
mahupun hatinya..

Kerana ALLAH TERAMAT MENCINTAINYA...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki..
di mana Allah untuk menjaga kita??..
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia..
yang pastinya lebih banyak mengecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri..
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..
bermakna Allah mahu mengambil kita kembali..
untuk dijaga olehNYA..


"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
(Imam Al-Ghazali)



"selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana,
Aku tidak memilihnya selagi akal masih di kepala,
menghirup ketenangan hidup..
kerana permulaan cinta adalah ketenangan..
pertengahannya adalah derita..
kesudahannya jiwa melayang..."
( kata2 Ibnu Farid tentang CINTA TERLARANG)




7 PEREMPUAN BERTANYA,1 ORG LELAKI MENJAWAB:

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti... 

selamat membaca.. 

SCIENCE = ISLAM


AN NUR ayat 2 yg brmksud " perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap kedua-keduanya dalam melaksanakan perintah ALLAH jika kamu beriman kepada ALLAH dan pada hari kemudian.hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukuman terhadap mereka sekumpulan di kalngan orang-orang yang beriman."
Jika dilihat,ayat 2 surah An Nur itu menerangkan tentang hukuman ke atas penzina dengan 100 kali sebatan.Namun,untuk yang sudah berkahwin,hukumannya adalah rejam sehingga mati.
Jika dilihat dari mata kasar,ia kelihatan agak zalim dan terseksa sekali.Namun,adakah anda tahu kebaikan dan hikmah di sebalik kedua-dua hukuman tersebut???

Para ulama menggariskan bahawa hukuman sebat 100 kali untuk yang belum berkahwin adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang ingin mencubanya.Sebabnya mereka belum pernah merasa lagi nikmat perkahwinan.Bagi yang sudah berkahwin pula,hukuman rejam sehingga mati adalah wajar kerana mereka telah merasai nikmat alam perkahwinan.Tambahan pula,mereka sudah mempunyai pasangan dan anak sebagai sebuah rumah tangga yang baik.Jadi,tiada alasan untuk mencari pasangan yang bukan mahram untuk melakukan hubungan kelamin..

Memang hukuman itu pada mata kasarnya kelihatan kejam dan menakutkan,tapi sekarang mari kita lihat hukuman itu daripada perspektif dan juga penemuan sains.Di dalam badan manusia,terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem imuniti.Sel yang paling berperanan dalam penghasilan sistem pertahanan badan adalah sel darah putih.Ia adalah B Limfosit yang turut berperanan menghasilkan imuniti pembaikan sel iaitu Cell-Mediated Imune System.

Apabila virus HIV menyerang manusia,sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan oleh virus HIV tersebut dengan melekatkan dirinya di permukaan sel darah putih dan menggagalkan fungsi sistem tersebut.Akibatnya,kelumpuhan sistem pertahanan seluruh badan akan berlaku yang dipanggil Acquired Immunologic Deficiency Syndrome AIDS.



Bagi penzina yang belum berkahwin,mereka masih mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.Jika sekiranya penzina itu dijangkiti penyakit HIV selepas penzinaannya,T4 Limfosit nya akan diserang HIV lalu menyebabkan sel-sel T4 tersebut musnah dan mematikan sel sumsum tulangnya.Akibatnya ,sel-sel T4 yang baru tidak dapat dihasilkan dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia(air mani).Badan akan menjadi lemah dan AIDS mula menyerang,tetapi pesakit ini boleh disembuhkan.

Untuk mengelakkannya,penzina tersebut hendaklah disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru.Di samping itu,ia juga menggalakkan sumsum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.Cara terbaik adalah disebat di bahagian belakang antara tengkuk dan atas pinggang.Dengan itu,penghasilan sel-sel T4 akan terjadi sebanyak 2-5 kali ganda jumlahnya berbanding jumlah AIDS tersebut.



Bagi yang telah berkahwin,sel-sel T4 mereka ini sudah menjadi lemah dan mudah dijangkiti HIV berbanding yang belum berkahwin.Kelemahan ini berpunca daripada hakisan sum-sum tulang dan kurang menghasilkan antibodi kerana tertumpu kepada penghasilan benih untuk sperma-sperma yang baru.Penzina ini memang tidak dapat diselamatkan lagi,dan rejam sehingga mati adalh penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit AIDS.Akhirnya,rumah tangga penzina tersebut akan terselamat dari jangkitan HIV.

Memang kelihatan agak aneh dan janggal,tetapi itu salah satu kelebihan hukuman ini yang diberikan oleeh ALLAH kepada manusia sebagai satu pengajaran,Jangan melihat ia hanya mendatangkan satu beban atau masalah,tetapi pandanglah ia sebagai pembawa kebaikan bersama dari sudut agama dan sains.. 
HEBATKAN ISLAM???



Saturday 13 August 2011

AKU MASIH DARA???apa nie?





"Setiap perempuan mempunyai 9 darjah keaiban iaitu ‘malu’. Apabila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat, penzinaan, dan semuanya itu adalah dosa-dasa besar.  Bila adanya dosa-dosa besar susah untuk kita mendapatkan ketenangan dalam diri. Sementara itu seorang lelaki itu memiliki 1 darjah keaiban. Sebab itu seorang lelaki itu suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdayakan wanita dan mempergunakan wanita".


hari tu sya tgok ceta AKU MASIH DARA..haha..maafla dah ketinggalan zaman kan??ceta lama bru nak tgok,,kalo ceta yg baru2 ni apatah lagi..hihi..byk yg sya nak komen tntg ceta tue..skrip yg digunakan sgt2 la menyeramkan..seram???knapa??xdela, waktu f5 sya blajar PAI,ada 3 cara yg boleh myebabkan kita boleh menjadi murtad  iaitu melaui HATI,PERKATAAN,DAN PERBUATAN..bagi sya skrip yg digunakan sgtla berat...faham x??erm,xpela kalo anda semua x pham..cuba tgok ceta tue..dan conclude sendri..

perkataan yg keluar dari mulut kita sama ada sengaja atau tidak sengaja boleh mengundang masalah dan menyebabkan kita menjadi murtad. Nauzubillah..Maka,banyakkanlah mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...konklusinya,cerita AKU MASIH DARA nie byk memberi pgajaran dan kepada remaja di luar sana,sama2 lah kita muhasabah diri..dan,kepada remaja2 wanita, sama2la kita mempertahankan mahkota kita untuk lelaki yang mampu membimbing dan memimpin kita dan bukannya untuk lelaki yang yang bergelumang dengan nafsu.. 
  
ok,,ini saja dari saya..                                                                                      coretan noratika.............. 

TaK sALahKAn kAlau meMASaNG ImPIAn unTUK MENjadi maKmUmmu?



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

 
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

Friday 12 August 2011

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD

looking back all the years 
of the sacrifices
if you want to be the best 
you've got to pay the price
you've learn it from the very start
just how hard you must try
cause if you don't spread the wings 
then you can't fly
look at where you are today 
did you ever think that you would 
come all this way.

sya suka mnyanyi,eventhough suara burok mna pon..xpa2..haha..lyrics kat atas tue,group koir skola sya yg buat n melody dia lagu ELLA:standing the eyes of the world..lagu ni meaningful,kan??act,jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang tangga sahaja tetapi belajar untuk menaiki tangga tersebut...
bukan berjaya di dunia saja,tapi...di AKHIRAT..=).."ALLAHUMMA NAJJIHNA FI DUNNIA WAL AKHIROT"


INI ADALAH COBAAN....

yap..byk yg sya nak share tapi ini adalah "cobaan" sya yg pertama..COBAAN,cubaan, 1,2,3...
so,what is your comment about my blog???interesting??wwoooww??klo x cepat2 tekan butang X..
sya buat blog nie dgn unsur niat yg baik,nak share or post something yg berguna..a little bit ISLAMIC, I think..=)..but, I will try to put something new and delightful..erm,,yes I'm a PRE-U student in UNIMAS..
bgi sya ini adalah cobaan buat sya utk berjauhan dgn family..haha..poyo je ayat,,pdahal dah 5 tahun tggal di BUMI SEMENANJUNG..n I'm proudly said that I'm a SKJ(srikandi junior) from SEKOLAH TUN FATIMAH,JOHOR BAHRU..0610..
bgi sya hidup di dunia ini penuh dgn COBAAN..itulah UJIAN daripada ALLAH..dan ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung olehnya.so,if u get a BIG BIG BIG problem,,trust me,u can solve it very well..coz ALLAH knows everything what is the best for you...KUN FAYAKUN..tapi,,jgn lupa utk berdoa kepada YANG MAHA KUASA dan SABAR itu penting..
ok,that's all for my first post..