Monday 24 September 2012

Jauh Di Mata Dekat Di Hati

Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk aku menyambut dan meneruskan pengajian di UNIMAS dalam bidang Kejururawatan..Aku akui ini bukanlah pilihan utama ku...tapi InsyaAllah aku ikhlas dan mencuba untuk mencintai bidang ini..Ikut jejak mak lah katakan..

Tujuan utama bila menjejak kaki ke alam degree ni ermm,,,macam biasalah berjaya di dunia dan akhirat.. Nak tambah ilmu fardhu ain dan kifayah...Semoga Allah permudahkan..Tapi time ni jugakla nak fikir pasal masa hadapan,kerjaya,KAHWIN..hehhe..


Sebenarnya hati ini sedih bila meninggalkan rakan2 di main campus..oh Tuhan hanya Kau saja yang tahu perasaan aku..Kadang-kala rasa ingin mengeluarkan air mata,tapi ini semua ujian Allah..mungkin Allah sengaja uji kesetiaan persahabatan kita..Rasa ingin berada di samping sahabat..makan bersama, ke kuliah bersama2,bercerita bersama2..kenangan semua tidak pernah lenyap dalam putaran ligat di kepala..Jika boleh dirakam semua kenangan,ingin saja dilayarkan kembali semuanya..


Bohonglah jika aku kata,aku tak rindu kalian semua..Hati ini merayu2 ingin mengerakkan kaki ke main campus setiap minggu..Seriously..tapi tak apalah,,biarlah kita semua berjauhan..mungkin jika kita jauh,lebih banyak hikmahnya..Apa yang aku harapkan dan doakan buat kita semua adalah, biarlah persahabatan kita ini diulit dengan rasa iman dan Islam..tegurlah jika aku terlupa..Aku juga insan biasa,yang masih lagi tercari2..Aku sayang kalian semua kerana Allah..Semoga Allah pelihara persahabatan kita sehingga di pintu syurga...



Kepada si Dia,

"Ya Allah jika dia benar untukku,Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..Jika dia bukan miliku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu"


Doalah banyak2..hehe..Jodoh,Rezeki,Maut semua di tangan Tuhan..
Percaya dengan qada' dan qadar..Terima kasih kerana selalu bagi sokongan dan nasihat...Semoga Allah merahmati mu.. (^_^)v
 *Salam sayang dan rindu...


with love,
TIQS