Saturday 28 April 2012

Tinggi2 Gunung Kinabalu,Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu


Tak mampu diucap dengan kata,
Tak boleh diluah dengan bahasa,
Perasaan ini memang bercampur baur,
Pejam celik,pejam celik dah nak habis dah Asasi,
Terima kasih kerana mewarnai coretan kisah hidupku ya sahabat-sahabat semua.
Ingin ku rakam segala kisah hidupku,namun ku tak mampu,kerana di hati ini, Tuhan saja yang tahu,
Kenangan yang tidak dapat dijual beli,
Memberi ku teladan dan memori terindah,
Ku sangka kan biasa-biasa saja hati ini,
Rupa-rupanya makin bergelojak rasanya,
Bukan kerana takut atau bimbang sebab nak Exam,
Tapi rasa tidak mampu dan sukar untuk melepaskan sahabat2 semua,
Asasi buat ku menangis,ketawa,benci,resah,penat,sukar,terharu,teruja,berani,matang,
Satu persatu ujian menimpa aku,dan aku tahu setiap masalah itu ada hikmahnya,
Mungkin coretan ini lagi penuh isinya,
Bait-bait kata yang ingin ku susun dengan jari-jari,
namun tak terdaya kerana semuanya sudah tersemat di hati dan jiwa..
Aku tidak pernah menyesal dengan apa yang ku rasa,

"Rasa hampa bila ditinggalkan,
Rasa penat ditimbunkan dengan kerja-kerja sampingan,
Tekanan jiwa dan perasaan,
Memimpin dan seterusnya dibawah pimpinan mereka,
Dimalukan dihadapan orang ramai,
Menjadi yang tercorot,
Putus asa di pertengahan jalan,
Lagi banyak masam daripada manisnya,
Berada di barisan hadapan,
Dimainkan perasaan,
Terdetik di hati menyukai dan mencintai,
Terkandas di gunung,
Diumpat dan dijadikan bahan permainan,
Dihargai dan disayangi,
dan...(infiniti)"

InsyaAllah saya akan cerita setiap aktiviti-aktiviti di Asasi mengikut episod..haha.nantikan..=)

with love,
TIQS



No comments:

Post a Comment