Friday 19 April 2013

Permata Yang Dicari




 "Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dia belum pasti memang tercipta untukku, tapi mengapa Engkau lahirkan rasa sayang ini, dalam hati ini buat dirinya?" ='(


Sesiapa yang pernah suka, jatuh cinta lagi parah menyayangi seseorang  kerana rupanya, ataupun akhlaknya, sifatnya, sedangkan kita tak pasti apakah dia akan jadi milik kita?

Mungkin ada yang kata, saat itu manis, indah seolah-olah di awang-awangan, apatah lagi bila dia membalas cinta kita dengan kata-katanya yang manis dan sifatnya yang penyayang dan ambil berat tentang diri kita. Sedih, ketawa, cemburu, rindu semuanya kita kongsi bersama.


Tapi tidak ternafi saat sakitnya:


Sakit apabila ada orang lain turut sama menyukainya..
Sakit apabila ada orang lain rapat dengannya..
Sakit apabila perhatiannya lebih kepada orang lain dan kerjanya..
Sakit apabila langsung tiada nama kita tersebut dibibirnya, apatah lagi di mindanya..



Namun, ingatlah sahabat..
Disanalah terujinya iman kita,
kepercayaan kita kepada perancangan Allah.
Jagalah hatimu dulu, kelak Allah akan jaga hati si dia untukmu.
Yakinlah dengan cinta Allah, kerana dengan itu akan ada cinta yang akan lebih mengukuhkan cintamu kepada Allah, InsyaAllah..



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:
"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji?" (Al Ankabut:2)
Dalam doaku "Ya Allah, jika dia benar untuk ku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu"

#credit to Ikha

With Love,
tiQs

No comments:

Post a Comment